TERIMALAH SEADANYA


Bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri, termasuklah juga tentang tunang dan kekasih.Bolehterima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan..Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.
Ikatan cinta atau ikatan hati  yang telah dibina bertahun-tahun sebelum disimpul dengan ikatan perkahwinan bukan jaminan kepada keutuhan rumah tangga.Malah banyak perkahwinan yang cuma bertahan beberapa bulan mahupun hari, biarpun pasangan sudah saling mengenali dan bercinta berbelas tahun.Ada pula suami isteri hanya sekadar pada nama sedangkan makan tidak semeja, tidur tidak lagi sekatil.Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua itu berlaku kerana sudah tidak ada persefahaman.Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.Pasangan suami isteri perlu menyedari pentingnya untuk mengenali dan memahami segala perkara mengenai pasangan masing-masing.
Ini kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilakunya sebenar.Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, begitu juga dengan si dia.Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan dan kelemahannya. Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah.Sudah tentu keadaan ini amat mengecewakan, lama-lama kekurangan keadaan itu akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan,antara punca keretakan rumah tangga di mana rasa tidak puas hati akan mengganggu keharmonian suami isteri.Bagi pasangan yang ingin terus kekal bahagia, mereka perlu berusaha untuk belajar mengubah sikap yang suka melihat kelemahan antara satu sama lain dan mengamalkan sikap menerima pasangan kita seadanya. Kerana sudah tidak wujud perasaan sayang yang telah lama tersemai tapi hilang begitu sahaja.
‘Menerima’ bermakna mengiktirafkannya seperti mana diri kita sendiri yang ada keistimewaan dan kelemahan, dengan pandangan terbuka di samping saling mengagumi nilai-nilai baik yang ada pada diri pasangan, segala konflik yang timbul akan dapat diatasi.
 ‘Penerimaan’ bermaksud sekadar menerima pasangan sebagai diri beliau seadanya. Kita menerima cara, harapan dan impiannya atau mungkin juga sebagai seorang yang tiada impian.Kita juga perlulah menerima idea, minat dan juga kelemahan suami, termasuklah juga menerima kekurangan dalam personaliti atau apa-apa pegangan terhadap agama atau politik.Dalam situasi ini, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi dirinya yang sebenar. Kita mungkin tidak setuju dengan ideanya, tetapi kita hormati hak si dia terhadap pandangannya itu.Secara ringkas, penerimaan bermaksud menerima si dia sebagai manusia biasa yang memiliki nilai baik dan ada pula kelemahan. Isteri atau suami tidak berasa bimbang dengan kelemahan pasangan kerana dia hanya melihat kebaikan yang dimiliki.
 Untuk membentuk satu institusi keluarga yang harmoni dan bahagia memerlukan pengorbanan ke dua-dua pihak suami dan isteri. Ianya harus disokong dengan sifat toleransi dan sikap faham memahami antara suami isteri, seterusnya dapat menyediakan satu platform yang kondusif dalam membentuk satu keluarga berjaya.

Ulasan

Catatan Popular